Sunday, 6 April 2014

Telah di lahirkan di negeri Kelantan pada 28 jun 1988, Di beri nama oleh bonda dan ayahnda tercinta iaitu Nurul Fazlina Binti Muda. Merupakan cahaya mata yang pertama. Di besarkan dengan penuh kasih sayang.

Mula menerima pendidikan awal di sekolah tadika nur ain pada umur 5 tahun lagi. Seterusnya menerima pendidikan di sekolah rendah Beri Panchor, kemudian setelah tamat darjah 6 meneruskan lagi pendidikan di sekolah Menengah Ugama Darul Anuar sehingga tingkatan 3, Selepas itu meneruskan lagi pendidikan di Sekolah Menengah Ugama Amir Indera Petra sehingga tingkatan 6 bawah. Seterusnya berjaya menyambung pendidikan ke peringkat ijazah dalam jurusan pentadbiran muamalat di Universiti Utara Malaysia selama 4 tahun dari 2008 sehingga 2012.

Setelah tamat di peringkat ijazah, terus mendapat tawaran untuk menyambung pengajian dalam bidang perguruan pada januari 2013. Di Institut Pendidikan Guru Dato'Razali Ismail dalam jurusan Pendidikan Islam (J-QAF). Sekarang sedang menjadi guru dalam latihan di Sekolah Kebangsaan Pelong, Setiu Terengganu.


No comments:

Post a Comment